Rabu, 24 Februari 2010

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA (‘CIRCULATORY SYSTEM IN HUMAN’). Bahagian 3


Rajah menunjukkan laluan arteri dan vena dalam sistem peredaran darah manusia.
(‘Diagram shows the arteries and veins in the circulatory system.’)

Darah merupakan sistem pengangkutan paling penting dalam badan untuk membekalkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan kepada semua bahagian sel badan.
(‘Blood is the body’s most important means of transport in order to supply substances needed to all parts or cells of the body.’)

Sistem peredaran ini berfungsi baik dengan adanya jantung yang sebagai pam bertindak menyedut dan mempunyai tekanan, memaksa darah bergerak ke dalam arteri yang lebih besar iaitu ke dalam sistem peredaran sistemik, pada masa yang sama darah mengalir dari vena besar ke dalam atrium.
(‘The circulatory system achieves the task with the help of a pressure/suction pump, the heart, forcing the blood into the large arteries of the systemic circulation, while drawing the blood from the large veins into the atria.’)

Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung. Arteri akan bercabang menjadi arteriol dan membahagi kepada kapilari. Salur darah yang kecil ini ditemui di semua tisu.
(‘Arteries are the blood vessels transporting blood away from the heart. The arteries split up into arterioles and continue to divide and branch out into capillaries. These smallest blood vessels are found everywhere in the tissue.’)

Berlaku pertukaran bahan – bahan dengan sel-sel. Bahan-bahan nutrien dibekalkan kepada sel-sel dan hasil-hasil akhir metabolik akan disingkirkan ke dalam kapilari.
(‘Substance exchange with the cells takes place within them. Nutrient substances are supplied while metabolic end-products are removed.’)

Salur darah ini akan meningkat dari segi saiz menjadi venul, yang akan bercantum dan menjadi vena yang lebih besar. Vena yang besar akan mengangkut darah kembali ke dalam jantung.
(‘The blood vessels increase in size turn into venules, which first unite to become small and then larger veins. The larger veins transport the blood back to the heart.’)

Dalam peredaran ini, darah yang mengandungi banyak oksigen berwarna merah cerah, manakala darah yang mengandungi sedikit oksigen (mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tisu dan karbon dioksida) berwarna merah kebiruan yang gelap.
[‘In the circulation, the colour of the blood containing oxygen-rich is bright red, and the colour of the blood containing oxygen-poor (oxygen deficient), with additional unwanted tissue products and carbon dioxide is dark bluish red.’]

Rajah menunjukkan hubungan di antara arteriol, kapilari dan venul.
(‘Diagram shows the connection between arteriole, capillary and Venule’)

Sistem peredaran darah dibahagikan kepada dua sistem peredaran, memandangkan jantung mempunyai bahagian ‘kanan’ dan ‘kiri’; peredaran minor atau peredaran pulmonari dan peredaran major atau peredaran sistemik.
(‘The circulatory system is divided into two circulatory systems, due to the separation of the heart into a ‘right’ and a ‘left’ heart; the minor or the pulmonary circulation and the major systemic circulation.’)

Peredaran sistemik bermula di dalam atrium kiri. Kemudian darah akan dipamkan oleh ventrikel kiri ke dalam aorta untuk diagihkan darah yang mengandungi banyak oksigen kepada semua bahagian badan.
('The systemic circulation starts in the left atrium. Then the blood is pumped by the left ventricle into the aorta and then distributes the oxygen-rich blood throughout the body.’)

Peredaran Pulmonary (‘Pulmonary Circulation’)

Paru – paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran pulmonari. Darah yang mengandungi kurang oksigen tetapi banyak gas karbon dioksida mengalir ke dalam arteri pulmonari ke dalam paru – paru, kemudian darah yang mengandungi banyak oksigen mengalir semula ke dalam jantung melalui vena pulmonari.
('The lung is the only organ involved in pulmonary circulation. Oxygen deficient blood flows through the pulmonary arteries into the lungs, while oxygen-rich blood flows through the pulmonary veins to the heart.’)

Peredaran pulmonari bermula dari dalam artrium kanan. Kemudian mengalir ke dalam ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalam arteri pulmonari dan kemudian ke dalam kapilari pulmonari (di dalam paru – paru). Ini merupakan bahagian di mana berlaku pertukaran gas respirasi. Darah akan menyingkirkan karbon dioksida dan dibekalkan dengan oksigen. Darah ini kemudian kembali semula ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari. Di sini, peredaran sistemik bermula.
('Pulmonary circulation commences in the right atrium. The blood reaches the right ventricle. The blood then is pumped by the right ventricle into the pulmonary arteries and on into the pulmonary capillaries (in the lungs). This is the site of respiratory exchange. Blood releases the carbon dioxide and then it is supplied with oxygen. The arterial blood returns to the left atrium via the pulmonary veins. The systemic circulation commences from this point.’)

Tonton video di bawah mengenai sistem peredaran darah manusia.
(‘Watch the following video about the circulatory system in human.’)

2 ulasan:

  1. Bolehkah cg terangkan keburukan sistem peredaran darah tertutup dan terbuka ini?

    BalasPadam
  2. halo im at underwater i is superpoop ur all can call me fuck man

    BalasPadam