Jumaat, 26 Mac 2010

Mesin Ringkas - RODA DAN GANDAR ('WHEEL AND AXLE')


Roda dan Gandar adalah mesin ringkas yang terdiri daripada dua objek yang berbentuk bulatan yang berlainan saiz yang mana kedua – duanya bercantum antara satu sama lain. Roda bersaiz lebih besar. Ia memutarkan objek yang lebih kecil atau sebatang rod yang dinamakan sebagai Gandar.
(‘A wheel and axle is a simple machine made up of two circular objects of different sizes attached to each other. The wheel is the larger object. It turns about a smaller object or a rod called an axle.’)

Roda dan gandar membantu kita mengangkat atau menggerakkan objek dengan mudah.
(‘The wheel and axle help us to carry or move heavy objects easily.’)

Apabila roda dalam roda dan gandar ini diputarkan, ia akan memutarkan gandar dan juga sebaliknya. Sebagai contoh, apabila anda memutarkan pemegang pada pemutar skru, bahagian hujung yang masuk ke dalam kepala skru juga akan berputar pada masa yang sama.
(‘When the wheel in a wheel and axle machine is turned, so is the axle, and vice versa. For example, when you turn the handle of a screwdriver, the edge that fits into the screw head turns at the same time.’)

Disebabkan roda adalah lebih besar daripada gandar, ia sentiasa bergerak pada jarak yang lebih jauh berbanding gandar. Daya yang dikenakan pada roda akan digandakan apabila ia dipindahkan pada gandar, yang mana gandar melalui jarak yang lebih dekat berbanding roda.
(‘Because the wheel is larger than the axle, it always moves through a greater distance than the axle. A force applied to the wheel is multiplied when it is transferred to the axle, which travels a shorter distance than the wheel.’)

Beberapa contoh alat yang menggunakan prinsip roda dan gandar ialah tombol pintu, pemutar skru, stereng kereta, roda dan gandar pada perigi, kepala paip, pembuka nat tayar kereta dan pengasah pensil.
(‘Some examples of the wheel and axle include a door knob, a screwdriver, a water wheel, the steering wheel of an automobile, the crank used to raise a bucket of water from a well, water tap, car wheel brace and pencil sharpener.’)

Contoh alat yang menggunakan prinsip Roda dan Gandar.
(‘Examples of tools using the wheel and axle.’)


Lihat video di bawah mengenai roda dan gandar :
(‘Watch the following video about the wheel and axle’)
Video 1



Video 2



sumber rujukan : thinkquest, jrank, mikids

Kembali ke halaman Pengenalan Mesin ringkas (‘Simple machine’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan