Ahad, 4 April 2010

Mesin Ringkas - GEAR (‘THE GEAR’)

Gear adalah pengubahsuaian roda dan gandar. Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.
(‘A gear is a modification of the wheel and axle. A gear is a simple machine that consist of a wheel with teeth.’)


Sama seperti mesin ringkas yang lain, gear boleh mengubah arah apabila daya dikenakan; atau meningkatkan atau mengurangkan daya, atau jarak di mana daya dikenakan.
(‘Like all simple machines, gears may change the direction in which a force is applied; or increase or reduce a force or the distance over which a force is applied.’)

Dalam kata lain, gear memudahkan pergerakan. Gear membantu mengubah arah pergerakan dan kelajuan.
(‘In other words, gears make movement easier. Gears help to change the direction of movements and the speed.’)


Gear berfungsi secara berkumpulan. Dua gear yang menjalankan fungsi bersama dikenali sebagai gear gabungan. Gear yang mana dikenakan daya ke atasnya dikenali sebagai ‘gear pemutar’. Gear yang terakhir dalam aturan kumpulan dikenali sebagai ‘gear pengikut’.
(‘Gears work in teams. Two gears working together is called a gear train. The gear on the train to which the force is first applied is called the driver. The final gear on the train to which the force is first applied is called the follower gear.’)

Perhatikan arah anak panah pada gear dalam rajah di atas. Menunjukkan bahawa gear – gear bergerak dalam arah yang berbeza.
(‘Notice the arrows on top of the gears. They are showing that the gears move in different directions.’)

Apabila satu gear berputar mengikut arah jam, gear yang satu lagi berputar pada arah yang melawan arah putaran jam.
(‘When one gear turns clockwise, the other gear turns anti – clockwise.’)

Apabila gear yang bersaiz besar berputar sekali, gear yang bersaiz kecil berputar banyak kali. Oleh itu, gear yang bersaiz kecil berputar lebih cepat berbanding gear yang bersaiz lebih besar. Dalam pasangan gear, gear yang lebih besar akan berputar lebih perlahan berbanding gear yang bersaiz lebih kecil, tetapi berputar dengan daya yang lebih besar.
(‘When the big gear turns once, the small gear turns many times. Therefore the small gear turns faster than the big gear. In any pair of gears the larger one will rotate more slowly than the smaller one, but will rotate with greater force.’)

Jika ditambah satu lagi gear dalam sistem dua gear yang bergabung, iaitu antara ‘gear pemutar’ dan ‘gear pengikut’, gear tersebut dikenali sebagai ‘gear idlers’ atau gear perantara. Ini akan menyebabkan ‘gear pemutar’ dan ‘gear pengikut’ berputar pada arah yang sama.
(‘Any gears between the driver and the follower gears, or we can call the third gears are called the idlers. This will make the driver gear and the follower gear turn in the same direction.’)

Saiz dan bilangan gigi pada gear menentukan jenis kerja yang boleh dilakukan. Daya yang dikenakan kepada gear yang lebih besar akan mengakibatkan gear yang lebih kecil berputar dengan lebih cepat, tetapi dengan daya yang kecil. Daya pada gear yang bersaiz kecil akan memutarkan gear yang bersaiz lebih besar dengan lebih perlahan, tetapi ia akan mempunyai daya yang lebih besar. Jarak antara gigi gear dipanggil sebagai ‘pitch’.
(‘The size and number of teeth on a gear determine the kind of work it can do. A force on a large gear will cause a small gear to turn faster, but with less force. A force on a small gear will turn the large gear more slowly, but it will have a greater force. The distance between the teeth of the gear is called the "pitch".’)


Contoh alat yang menggunakan gear.
(‘Examples of tools using the gear.’)

Gear boleh dijumpai pada basikal.
(‘Gear can be found in a bicycle.’)


Pada basikal, gear yang bersaiz kecil disambungkan dengan gear yang bersaiz lebih besar melalui rantai.
(‘In a bicycle, the small gear is connected to the big gear by a chain.’)

Apabila kita mengayuh basikal, gear yang bersaiz lebih besar berputar. Dan kemudian akan memutarkan rantai. Rantai kemudian akan menyebabkan gear bersaiz lebih kecil berputar dan seterusnya memutarkan roda basikal. Basikal kemudian akan terus bergerak ke hadapan.
(’When we pedal, the big gear will turn. When the big gear turns, the chain also turns. This turns the small gear which turns the wheel of the bicycle. This make the bicycle moves forward.’)

Gear yang bersaiz lebih kecil akan berputar sama arah dengan gear yang bersaiz lebih besar.
(‘The small gear turns in the same directions as the big gear.’)

Pemukul telur (‘An egg beater’)


Jam tangan (‘A wrist watch’)


Lihat video di bawah mengenai gear :
(‘Watch the following video about the gear’)



sumber rujukan : sciencetech, fi gear basics, mos

Kembali ke halaman Pengenalan Mesin ringkas (‘Simple machine’)

1 ulasan:

  1. senang untuk saya faham tentang mesin ringkas ini saya juga dapat menulis tentang mesin ringkas ini di dalam buku peka saya.Terima Kasih Kerana Membantu.

    BalasPadam