Rabu, 21 Julai 2010

PENGENALAN KEPADA TENAGA (‘INTRODUCTION TO ENERGY’)


Tenaga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Kita guna tenaga untuk memanaskan dan menyejukkan rumah kita, sekolah dan tempat – tempat kerja. Kita guna tenaga untuk pengcahayaan dan peralatan. Tenaga membolehkan kenderaan kita bergerak, kapal terbang terbang, bot belayar dan mesin berfungsi.
(‘Energy is an essential part of our daily lives. We use energy to heat and cool our homes, schools and businesses. We use energy for lights and appliances. Energy makes our vehicles go, planes fly, boats sail, and machines run.’)

Semua benda hidup memerlukan tenaga. Tumbuhan juga menggunakan cahaya daripada Matahari untuk membesar. Haiwan dan manusia memakan tumbuhan dan menggunakan tenaga yang tersimpan itu. Makanan merupakan bahan bakar bagi keperluan tenaga tubuh kita seperti menggerakkan otot.
(‘All living things need energy too. Plants use the light from the sun to grow. Animals and people eat the plants and use the energy that was stored. Food is fuel for our bodies' energy needs like muscle power.’)

Badan kita juga menghasilkan tenaga iaitu tenaga haba. Apabila kita berlari atau bekerja dengan kuat, badan kita menghasilkan tenaga haba.
(‘We also use our own bodies to make heat energy. When you have been running or working really hard, your body produces heat energy.’)

Berikut merupakan entri – entri berkenaan tenaga :
(‘Listed below are the entries about energy’)
TENAGA DAN SUMBER TENAGA (‘Energy and the sources of energy’)... bah 1
Tenaga berasal daripada beberapa sumber, antaranya Matahari, makanan, bahan bakar, sel kering, angin dan air.
(‘Energy comes from several sources, such as the Sun, food, fuels, dry cells, wind and water.’)

TENAGA DAN SUMBER TENAGA (‘Energy and the sources of energy’)... bah 2
Tenaga juga berpunca daripada sumber – sumber lain seperti geotermal, biojisim dan kuasa nuklear.
(‘Energy also originated from these following sources susc as geothermal, biomass and Nuclear power.’)

BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Form of Energy’) ... bah. 1
Berbincang mengenai beberapa bentuk tenaga seperti tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.
(‘This entry discusses abaout some forms of energy such as kinetic energy and potential energy.’)

BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Form of Energy’) ... bah. 2
Sambungan. Bincang mengenai beberapa bentuk tenaga seperti tenaga bunyi, tenaga elektrik, tenaga haba, tenaga cahaya dan tenaga kimia.
(‘Continue discussing about some forms of energy such as sound energy, electrical energy, heat energy, light energy and chemical energy.’)

PERUBAHAN BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Transformation of Energy’)
Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
(‘Energy Is Neither Created Nor Destroyed. We change it from one form of energy into another.’)

TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI (‘Renewable and Non – Renewable Energy’)... bah. 1
Membincangkan sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu tenaga Suria dan tenaga angin.
(‘Discuss about renewable energy such as solar energy and wind energy.’)

TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI (‘Renewable and Non – Renewable Energy’)... bah. 2
Membincangkan sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu tenaga hidro dan tenaga biojisim.
(‘Discuss about renewable energy such as hydro energy and biomass energy.’)

TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI (‘Non-renewable Energy’)
Membincangkan sumber – sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui iaitu minyak dan hasil petroleum, gas asli dan arang batu.
(‘Discuss about non-renewable energy such as oil and petroleum, natural gas and coal.’)

TENAGA : PENGUNAAN DAN PENJIMATAN (‘USING AND SAVING ENERGY’)
Cara penjimatan tenaga yang memberi kesan kepada alam sekitar dan kehidupan kita.
(‘The ways to save energy and the impact of using energy wisely in our environment and our lives.’)

Rujukan : entergy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan