Sabtu, 11 Februari 2017

MIKROORGANISMA – INTRO

Jika kita lihat di sekeliling kita, alam dunia ini bukan sahaja dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan sahaja. Terdapat pelbagai makhluk ciptaan tuhan yang berkongsi Bumi kita ini. Bumi merupakan satu – satunya planet yang boleh dihuni oleh hidupan kerana ia mempunyai air dan udara.

Dari yang sebesar – besar ikan paus yang hidup di lautan dan sekecil – kecil virus yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Mikroorganisma merupakan hidupan yang seni dan halus. Memerlukan kanta pembesar dan mikroskop elektron untuk mengkaji mikroorganisma ini.

Dalam tajuk mikroorganisma ini, kita akan melihat jenis sehinggalah fungsi mikroorganisam itu dalam kehidupan kita. Bagaimana hidupan sekecil – kecil ini boleh mempengaruhi hidupan lain. Berikut merupakan tajuk yang dibincangkan dalam topik MIKROORGANISMA.

MIKROORGANISMA – Jenis

MIKROORGANISMA – Proses Hidup

MIKROORGANISMA – Faktor Pertumbuhan

Selamat membaca!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan