Ahad, 20 Ogos 2017

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik kali ketiga

Penjenamaan Semula : BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik Mac 2017, Anjuran NKW Bengkel yang ketiga

Projek ini dirancang untuk diadakan pada Bulan Disember 2016 iaitu pada 3 Disember 2016. Namun atas sebab - sebab kurang promosi dan banner yang kurang viral, bengkel itu ditangguhkan pada bulan Mac 2017.

Dengan penjenamaan semula nama, maka produk/bengkel awal tahun anjuran NKW ini dikenali sebagai BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik. Berjaya diadakan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) dengan mengekalkan Cikgu Sharifah Aziah, sebagai penceramah mata pelajaran Sains dan  Cikgu Wan, sebagai penceramah mata pelajaran Matematik.




Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, untuk tujuan promosi.




Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah


Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani dan Yussalina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan